Followers

Wednesday 13 November 2013

merepek sekejap.. !

Assalamualaikumm warahmatullahiwabarakatuh...
-

-
-
-

rezeki Allah nie memang terbentang luas.. atas kita nak ke taknak kan.. kalau nak semua orang memang nak.. cakap nak sape sape pun boleh..tp nak mendapatkan rezeki tu kene usaha lebih siket la.. huhu.. rezeki nie macam macam cara dari segi duit, kejayaan, jodoh n macam macam lagi.. hehe.. 






Rezeki itu jaminan Allah , yakin padanya , bersangka baik padanya , tawakal padanya . Allah maha pemurah . apa jua rezeki Allah beri itu yang terbaik buat kita kerana siapa kita untuk mengeluh sedangkan Allah lebih mengetahui . percaya itu rezeki kamu . itu rezeki terbaik Allah beri . mohon doa padanya moga rezeki yang diberi itu adalah yang terbaik


Kunci rezeki  hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka....
Sbnrnye..dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mengingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya... Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah... Yang penting koranggg, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.. 
Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini... Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah..

Jom la kita sama-sama merebut rezeki Allah di muka bumi nie..yang penting sekali kene istiqamah dalam setiap tindakan kita.. 

banyakkan berdoa,,
tingkatkan dan perelokkan amalan,,
agar dikau diberikan ketetapan hati,,
dipertingkatkan iman,,
teruskan usahamu dalam menjadikan dunia sebagai kebun untukmu meraih hasil diakhirat..

Semoga engkau istiqamah wahai hati. . .<3

Wallahua'alam.. ;D


Najihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...