Followers

Wednesday 13 November 2013

Cecair Kumur Cool Mint

Cecair Kumur Cool Mint Smileon tanpa-alkohol dirumus khas dengan pelbagai ramuan semula jadi untuk mereka yang mengalami rongga mulut kering. Seperti yang diketahui, alkohol seringkali amat mengeringkan mulut, lantas menyebabkan bakteria penyebab nafas berbau membiak di dalam mulut. Menurut sorotan yang diterbitkan di dalam Dental Journal of Australia, terdapat cukup bukti bahawa cecair kumur mengandungi alkohol menyumbang kepada peningkatan risiko barah mulut. Cecair Kumur Cool Mint Smileon yang lembut dan berpudina, terdiri daripada ramuan semula jadi seperti minyak tea tree dan minyak eucalyptus, kedua-duanya agen germasida dengan sifat antiseptik yang membantu melegakan gusi sensitif dan mencegah kerosakan gigi melalui sebatian utamanya iaitu Trepenoid dan Eucalyptol. Cecair kumur juga mengandungi Setil Piridium Klorida yang membunuh bakteria penyebab bau nafas dan Xylitol yang berkesan mengurangkan jumlah bakteria penyebab kerosakan dan membantu pemineralan semula gigi. Dan, Menthol, Minyak Peppermint dan Minyak Spearmint dengan perisa pudina dan kesan dingin pada cecair kumur meninggalkan nafas anda dingin dan segar sepanjang hari!

Halim 0136075115

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...