1- Keuntungan adalah sasaran kedua
- Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama beliau.. Sebaliknya beliau menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan. Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.
- Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
2- Berniaga mengikut sunnah
- Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasulullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain..dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.
- Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib Bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata : " Marii.. !! Marii.. !! selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar ", Ujar Baginda.. Saib membalas dengan berkata "Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan".
- Rasulullah juga ketika berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut..Ini merupakan satu comtoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu diikuti ketika berniaga.
3- Berkata Benar dan Berlaku Jujur
- Dari Abi Sahid dari Rasulullah SAW bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah akan bersama para Nabi dan orang-orang yang dipercayai dan orang-orang yang mati syahid (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran adalah elemen terpenting dalam perniagaan.
- Seperti contoh : Pada suatu hari, Baginda berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu dihadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam suatu longgokan. Kemudian Baginda menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada Peniaga. "Apa ini saudara?" tanya Baginda. Penjual menjawab "Terkena Hujan.." Rasulullah menjawab "Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya?". Kemudian baginda berkata lagi " Barangsiapa yang menipu, dia bukan pengikut saya."
4- Buka Ruang Pada Pandangan serta kritikan yang membina.
- Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti "pil pahit" yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar dengan sifat "pahit sedikit".
- Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap, Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.
5- Sasarkan matlamat yang lebih tinggi.
- Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takluk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.
- Ini juga bererti perniagaan yang diushakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain, seperti di dalam Surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang kukuh.
6- Bekerjasama dengan Muslim lain dalam pasaran anda.
- Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetangah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.
- Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan Perniagaan Muslim sendiri.
7- Jangan Menjual Benda Haram
- Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan perkara ini. Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya. hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat hina di sisi Allah dan dimasukkan ke dalam api neraka.
P/S : Jom contohi cara Rasulullah SAW berniaga agar kita semua mendapat keberkatan di dunia dan akhirat ... Insha Allah :)
No comments:
Post a Comment